Sotong Masak Cili Kering
Planning utk hr ni nk gi jumpa dentist sbb gigi ni dah nak kena repair.. dah sampai kt klinik tu tgk tutup pulak hingga hr isnin. Hr selasa buka balik. Hr ni jugak dah nak balik penang. Sedih tgk muka Alyaa.. Rasanya Alyaa pun sedih jumpa ibunya hujung2 minggu ja.. Kebetulan jugak hari ni my friend ajak gi pelantar ikan.. Idea yg bagus. Dah lama tak gi pelantar. Dalam kepala dah siap terbayang nak beli ikan apa. Terbayang sotong yg segar, udang, sotong katak..Ingatkan lepas gi jpa dentist blhla gi pelantar, dah tutup, terus ajak kawan pi terus pelantar ikan..cuma beli sotong dan ikan gerut sahaja.Tapi berbaloi sbb sotong fresh sgt, ikan pun sama. Harga pun murah..Jom tengok resepi di bawah...
Sotong Cili Kering |
Bahan-Bahan
1/2 kg sotong
5sb cili giling
1 biji bawang besar - potong wedges
4 ulas bawang putih - diketuk sahaja
2sb sos tiram
1sk sos nampla
2sb sos cili
2sb sos tomato
3 biji cili kering - potong
gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili giling. Goreng hingga masak.
- Tambahkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan nampla, gula. Kacau sampai kering.
- Masukkan sotong. Tak usah masukkan air sebab sotong akan keluarkan air nanti.
- Masukkan bawang besar dan cili kering. Masak hingga kuah kering.
- Sedia dan angkat.
Comments
Post a Comment