Puff Sardin

Bahan-Bahan

1 paket kulit puff pastry- ada 10 keping n (sy guna jenama kawan)
1 tin sardin
2 cmb cili giling
1 ulas bawang besar - potong
1 ulas bawang putih - cincang
1 keping asam keping/gelugur @ jus limau nipis @ jus limau kasturi
1cmb sos tiram
garam
minyak untuk menumis
kuning telur - untuk sapu

Caranya:
  1. Untuk sardin. Panaskan minyak Tumis bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan camba. Goreng hingga hilang bau.
  3. Masukkan sardin, bawang besar, sos tiram dan asam keping.
  4. Masak hingga air kering. Rasalah masam dan masinnya ikut citarasa sendiri.
  5. Angkat dan biar sejuk.
  6. Untuk Puff. Keluarkan puff pastry dr dlm peti sejuk. Biarkan di luar selama 10 -20 minit.
  7. Ambil sekeping dan letakkan sardin ke atas puff tadi. Tutup ikut bentuk segi tiga. Tekan sekeliling puff dengan garfu. Ulang proses ini hingga habis.
  8. Sapu telur kuning dan bakar dalam oven bersuhu 190c selama 20 minit atau hingga masak.
  9. Angkat, sejukkan dan hidang...
Puff Sedia Utk Dimakan

    Comments

    Popular Posts