Kek Batik Marie

Kek batik marie... ada mcm2 resepi dan cara nak buatnya... Ni salah satu caranya... iaitu menggunakan 100% serbuk koko..Ada yg campur ngan milo.. ada yg 100% guna milo... Asalnya rsepi ni diambil dari kawan serumah...Mmg bagi sy resepinya sdp... terasa kecoklatannya....

Bahan-bahan
1/2 kotak serbuk koko Van Houten (1 kotak = 125 gm)
1 biji telur - dipukul sikit
1 tin susu pekat manis
1/2 ketul butter - sy guna buttercup
1 paket biskut marie perisa original/biasa - sy guna cap Hup Seng@ ping pong
1 cmt esen vanilla (resepi asal tak letak)

Caranya:
  1. Dalam mangkok, masukkan susu dan serbuk koko. Kacau sebati. Then masukkan telur yg. dipukul sedikit dan esen vanilla. Sebatikan n letak tepi.
  2. Cairkan butter dalam periuk dgn api perlahan. Lepas butter cair, masukkan bahan koko tadi. Kacau hingga pekat dan mendidih dgn api perlahan. Jgn tinggalkan semasa tgh mengacau takut koko hangit plak.
  3. Lepas pekat, tutup api dan masukkan biskut marie yg dihancurkan. Masuk agak2 cukup dgn koko yg tlh dimasak.
  4. Angkat dan tekan dlm loyang. Sejukkan dlm peti sejuk. Dan blhlah mkn..

Comments

Popular Posts