Bihun Goreng Perantauan

Semenjak 2 menjak dok berjauhan ni, nak msk pun tak brp nak minat. Dah la tu nak cari bahan semuanya kena pi pasar. Dulu masa dok di kampung, bahan2 spt serai, lengkuas dan daun pandan main pi kutip tepi rumah ja. La ni semuanya kena beli di pasar. Tapi dek kerana jemu dah asyik makan beli ja, sesekali masak yg simple pun ok jugak. Org kata air tangan sendiri lebih sedap dan puas daripada makan di luar. Semalam housemate ajak pi shopping. Bershopping sakan lah kami. So hari blhlah masak untuk dinner mlm ni.. Tu pun masak yg simple jer.. Bihun Goreng Perantauan...

      Bahan-Bahan
  • 1 paket bihun - rendam dalam air untuk lembutkan bihun dan toskan.
  •  1 dada ayam - ambik isi sj dan dan potong kecil
  •  2 keping fishcake - potong
  •  1 batang lobak merah - potong memanjang mcm batang mancis
  •  1 batang leek - potong
  •  3 ulas bawang putih - cincang halus
  •  1 ulas bawan merah - cincang halus
  •  3 sudu besar kicap manis / pekat
  •  3 sudu besar cili kisar
  •  2 sudu besar sos tiram
  •  1 paket perencah bihun goreng (sy guna cap Adabi) 
  •  1 sudu teh lada hitam - tumbuk (nak pedas blh lebihkan)
  • gula & garam secukup rasa

       Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan. Masukkan isi ayam kacau sebentar. Masukkan fishcake.
  2. Masukkan cili kisar dan perencah bihun goreng, sos tiram, garam, gula. (Rasanya masin sikit sbb tak masukkan bihun lagi).
  3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan lobak merah dan leek dan gaul sebati. Masukkan air sikit-sikit kalau bihun masih belum lembut dan masak.
  4. Masukkan kicap then lada hitam. Gaul sebati. Masak dan angkat. Ready to eat.. Nyum-nyum..
Lada Hitam Tumbuk

     
    Bahan yg telah ready
    Bihun yg tlh siap

      Comments

      Popular Posts