Peria Goreng Telur Masin dan Udang Kering
Kelmarin teringat nak masak peria.. Confuse antara nk masak cara biasa atau cara mkn di satu restoran di Kelantan. Cara restoran tu masak peria mmg sedap.. Kali pertama makan peria yg dimasak, mmg tak sangka peria yg pahit tapi rasa sungguh menyelerakan. Bahan yg betul untuk masak sebijik mcm yg makan di restoran tu tak tau la.. tapi agak2 je. Walau bagaimanapun, rasanya lebih kurang sama. My hubby pun ckp mcm tu...Resepinya seperti di bawah:
Peria Goreng Telur Masin dan Udang Kering |
Bahan-bahannya
- 1 biji peria - belah buang biji dan potong agak tebal. Celur @ rebus kejap. Tapi jgn rebus lama takut tak rangup plak. Toskan.
- 2 biji telur masin - rebus dan ambil yg kuning sahaja. Hancurkan.
- segenggam udang kering - rendam dlm air panas sekejap, toskan dan tumbuk kasar
- 2 ulas bawang putih - ketuk
- 1/4 cawan air
- minyak untuk menumis
- garam secukup rasa
Cara Membuatnya
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan telur masin kuning yang dah dihancurkan.
- Masukkan udang kering tumbuk dan peria.
- Masukkan 1/4 cawan air. Goreng kejap. Dan masukkan garam.
- Sedia untuk di makan.. Selamat mencuba..
Comments
Post a Comment