Sup Siam Mengancam
Bermula hari khamis minggu lepas (17 Sept 2015) hinggalah hari sabtu rumah dimasuki air akibat bah (banjir). Walaupun rumah masuk air, tetapi makan tetap perlu makan. hehehehe.. Disebabkan Alyaa suka sangat menghirup kuah sup masa makan di kedai, so rasa kali ni biarlah masak sendiri di rumah... Makanya, terjadilah sup siam...resepinya macam di bawah nie..
Bahan:![]() |
Sup Siam Mengancam.. |
1 1/2 kilo tulang lembu
2.8 liter air
1 biji bawang besar holland - potong
2 ulas bawang kecil - dihiris
6 ulas bawang putih - diketuk
1 bungkus sup tulang Adabi
15 biji cili padi (boleh kurangkan jika tak nak pedas) - diketuk
1 pokok daun sup - potong kasar. Tak nak potong pun x pe
1 batang daun celery - potong
2 biji tomato - dibelah 4
3 inci halia - diketuk
2 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - diketuk
3 biji limau nipis - ambil jusnya
2 ketul kiub ayam maggi
3 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar - jika suka
Minyak untuk menumis
Persediaan awal : Rebuskan tulang dengan air sehingga tulang jadi empuk. Masa merebus ni saya letak akar daun sup dan separuh daripada halia. Petua untuk bagi daging cepat empuk, masukkan gula batu sedikit. Jangan letak banyak sebab nanti manis pulak. Bila dah empuk, tutup api.
Cara memasak sup : Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili padi dan sup bunjut Adabi hingga naik bau. Kemudian masukkan daging berserta air stok daging dan serai. Biar mendidih sebentar, batang celery, tomato. Selepas 5 minit, masukkan jus limau nipis, kiub maggi, daun limau purut dan daun sup. Rasalah pedas, masam dan masin sup tu. Bila dah puas hati, tutup api. Masa nak menghidang tu barulah masukkan daun ketumbar yang dipotong halus.
Comments
Post a Comment