Spiral Goreng Daging Yummy For Breakfast..
Hari ni masak spiral goreng untuk bawa bekal ke pejabat.. Sedap.. Sangat simple dan sangat senang. Cepat dimasak jugak tu.. yang penting, sedap, sedap dan sedap.. Hahaha...
Bahan:
![]() |
Yum Yum..sedap.. |
1 peket spiral pasta (400gm brand Kimball) - terpulang nak guna macaroni, fetucini, angle hair dll..
6 keping daging burger - dilembutkan dan dilenyek. Nak guna kepingan ayam pun boleh.
2 sdb cili giling - ikut kepedasan yang disukai
4 sdb sos spaghetti - sy guna sos spagetti cendawan Kimball
3 sudu besar susu cair @ susu segar
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu (elok guna bawang Holland)
6 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu teh Oregano
1 sudu teh daun parsley
garam dan gula sebagai perisa
Minyak untuk menumis
Cara masak : Spiral pasta tu direbus mengikut arahan seperti di peket. Toskan. Panaskan butter dan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu sahaja. Kemudian masukkan daging burger yang telah dilenyek-lenyek. Kacau hingga daging masak iaitu sehingga air dari daging tu kering dan terus masukkan susu. Renehkan dan kacau sekali sekala sehingga susu sehingga habis diserap oleh daging tersebut. Kemudian masukkan tomato, cili giling dan sos spaghetti, serbuk lada hitam, oregano dan parsley. Kacau 2 minit dan masukkan spiral pasta. Kacau sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Lepas masak, tutup api dan hidangkan. Tabur lagi daun parsley dan oregano..Sedapnya.. yum..yum..
Comments
Post a Comment