Kek Oren Moist..


Hari ni Cik D nak share resepi Kek Oren Moist yang mmg sedap….Cik D boh dalam gram atau cawan untuk yang tak dak penimbang. Tapi cawan dan sudu tu sebolehnya pakailah measurement spoon @ cup supaya lebih tepat. Meh sama-sama kita buat.. Nak buat sarapan @makan tengah hari@makan malam@minum petang semua boleh.. Pendek kata ikutlah nak makan time bila pun.. :-) 
Kek Oren Moist
 Bahannya:

250 gram butter ( 1 cawan)

230 gram tepung naik sendiri – diayak ( sukat 2 cawan pastu buang tepung tu sbyk 4 sudu kecil )
200 gram gula kastor atau gula halus pun boleh (fine granulated sugar)

4 biji teloq – Size B ja.

1 biji buah oren@limau – parut ambil kulit dan jus.

5 sdb susu cair

½  sdt garam – nak letak tak pa, tak nak letak x pa.

1 sdb oren sunquick- tak letak pun tak apa




Persediaan awal : Loyang bulat size 8 inci x 3 inci. Griskan dengan butter@shortening dan tabur tepung di keliling loyang.  Oven panaskan suhu 1600 C , 15 minit awai sblm nak mula bakaq kek.


Cara buat kek : Putar mentega, gula dan garam sampai kembang. Masukkan teloq satu per satu sambil diputar guna speed perlahan sampai sebati. Lepas sebati, masukkan susu cair. Kemudian masukkan tepung yang kita dah ayak selang seli dengan jus oren. Buat dalam 3 bahagian tepung tu. Bila dah sebati, masukkan kulit oren yang kita parut tu. Pastu tuang adunan dalam loyang dan bakaq selama 1 jam atau sampai masak. Nak tau masak ke tak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi tu keluaq elok ja, maknanya masak dah tu. Tapi kalau lidi tu ada adunan kek melekat lagi, tambahlah masa membakaq tu lagi 10 – 20 minit lagi. Lepas kek masak, angkat dan rehatkan atas redai selama 10 minit. Pastu bolehlah dikeluarkan dari loyang. Potonglah kek dengan pisau nipis selepas kek dah sejuk untuk dapat potongan yang cantik dan kemas. Selamat mencuba…



Nota:

1.  Kalau tak dak limau @ oren, guna oren sunquick @ pes oren saja pun boleh dan tepung naik sendiri boleh kurangkan ke 220 gm)
2.  Kalau tak dak tepung naik sendiri boleh buat macam ni, 1 cawan tepung  + 1 ½ sdk baking powder + ½ sdk garam. Ayak 3 kali. Gandakan untuk dpt 2 cawan…


Comments

Popular Posts