Terubuk Masin
Balik jer rumah rasa lapar pulak. So apa lagi, terubuk masin yang rakan housemate beri dari Sarawak last week masih elok dalam peti sejuk. Last week tu dah janji dgn housemate nak masak n makan di rumah, tetapi asyik balik lewat jer.. tak dapatlah nak memasak. So, hari ni seperti yang dijanjikan kepada housemate, jadi jugaklah nak menggoreng terubuk masin tu.. Tapi nak makan dengan apa yek? takkan nasi ngan terubuk masin jer? tgk dalam peti sejuk cuma ada telur..so jadilah projek memasak apa je yang ada dalam peti sejuk tu...iaitu sup telur simple n terubuk masin goreng...
Bahan-bahan:
Seekor ikan terubuk masin - dipotong kecil dan basuh.
1 biji bawang besar - dipotong bulat (jika suka bawang banyak boleh lebihkan)
2 biji bawah merah - dipotong
5 tangkai cili kering - dibasuh dan potong (boleh lebihkan jika suka pedas)
minyak untuk menggoreng
Caranya:
Bahan-bahan:
Seekor ikan terubuk masin - dipotong kecil dan basuh.
1 biji bawang besar - dipotong bulat (jika suka bawang banyak boleh lebihkan)
2 biji bawah merah - dipotong
5 tangkai cili kering - dibasuh dan potong (boleh lebihkan jika suka pedas)
minyak untuk menggoreng
Caranya:
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan terubuk sampai masak. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
- Goreng bawang hingga layu dan kekuningan. Angkat. Tabur atas terubuk goreng tadi.
- Goreng cili kering. Jangan lama sangat nanti hangit pula..Angkat dan tabur. (Tujuan saya goreng asing daripada bawang adalah supaya cili kering jadi rangup).
Comments
Post a Comment