Puding Oreo

Kali ni nak share resepi puding yg mudah disediakan dan sedap..Puding Oreo. Resepi ni diberikan oleh teman serumah..

saje masuk dlm mould bercorak nak bg cantik

Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar serbuk (beratnya lebih kurang 11 gm)
1 paket biskut oreo cream chocolate (dihancurkan/dikisar bersama krimnya)
1 tin susu cair (400ml)
600 ml air
3/4 cawan gula (boleh kurang atau lebihkan ikut kemanisan yang dikehendaki)
1 sdt esen vanilla (optional)


Cara membuatnya:

  1. Masukkan agar-agar, air ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan kacau hingga larut.
  3. Tuangkan susu cair. Biar mendidih kemudian masukkan biskut oreo dan esen vanilla.
  4. Tutup api selepas ia mendidih dan tuang dalam loyang.
  5. Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong...

.............................Selamat Mencuba...........................


Comments

Popular Posts