Pulut Mangga Special
Pulut Mangga.. Harumanis @ Perlis Mangoes..memang mangga yang dinanti-nanti oleh penduduk Negeri Perlis. Bukan setakat tu saja, macam pesta pulak kat tempat belian mempelam harumanis tu. Selalu Cik D mendapatkan mempelam harumanis yang dijual di Bukit Bintang iaitu buah dari ladang Jabatan Pertanian. Sebabnya kualiti buah lebih terjamin dan buahnya yang sangat manis. Memang kena dengan namanya.. gabungan harum dan manis... nama seiring dengan rasa dan bau.
Paling elok buah ni dimakan setelah kita peram dan buah mengeluarkan bau wangi yang sangat kuat. Pendek kata, kalau peram dalam kotak, baunya sampai keluar kotak.. Buah yang masak boleh dimakan mentah, dibuat jus, dibuat kek atau dimakan dengan pulut kukus. Tapi jangan makan muda yer... Sesiapa yang telah merasa keenakan harumanis, pasti tidak rugi...sekali rasa mesti nak lagi..
![]() |
Perlis Mangoes - Mempelam Harumanis |
![]() |
Isinya yang oren memang sangat menggoda tekak |
Resepi Pulut:
1/2 kg beras pulut susu - basuh dan toskan airnya. Tak rendam pun tak pe sebab pulut susu cepat lembut.
Santan (untuk mengukus) - Kuantitinya sekadar paras-paras pulut sahaja
1sdb gula
1 sdt garam
1/2 sdt minyak masak
3 - 4 helai daun pandan
1/2 cawan santan + secubit garam - untuk digaul selepas pulut masak ( Santan ni kena perah dengan air masak yer)
Peralatan mengukus
Loyang
Cara-caranya:
* Masukkan air dan daun pandan dalam peralatan mengukus dan jerang atas api.
* Campurkan garam dan gula dalam santan. Rasalah sikit manis masin tu secukup rasa.
* Masukkan pulut dalam loyang. Tuangkan santan tadi dalam loyang yang berisi pulut. Pulut dan santan sama paras jer yer..
* Masukkan jugak minyak. Minyak ni supaya pulut nampak berkilat.
* Masukkan loyang dalam bekas pengukus dan kukuslah hingga masak.
* Semasa mengukus tu, kacau pulut supaya pulut masak sekata.
* Apabila pulut masak, angkat pulut. Tuang santan dan gaul sebati agar pulut kita nampak lembab jer. Sedia dihidang dengan mempelam..
![]() |
Paras pulut dan santan |
![]() |
Pulut Kukus yang siap masak |
![]() |
Pulut Harumanis |
Comments
Post a Comment