Kek Minyak
Sumber : Linapng
Bahan:
* 5 biji telur ayam
* 3/4 cawan gula halus (guna gula castor @gula perai halus)
* 2 cawan tepung gandum
* 1 sdt baking powder
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 sudu besar ovalette
* 1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
* Perasa nanas/pisang/apa2 sahaja/ pewarna
* 1sdt esen vanilla
Cara-Cara:
1. Panaskan oven susu 170'C
2. Ayak tepung bersama baking powder. Jika nak guna tepung naik sendiri pun boleh.Cuma baking powder tu tak yah letak dah.
3. Lenserkan loyang kek dengan shortening/mentega. Alaskan dengan kertas minyak.
4. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Pukul lagi.
6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi sekadar adunan bercampur dan sebati.
7. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati. Bahagikan adunan kepada 3 warna kesukaan.
8. Tuang dalam loyang, lorekkan ikut kreativiti.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 5 - 10 minit terlebih dahulu selama 50 - 1 jam. Masa bergantung kepada oven masing-masing yer.
10. Biarkan sejuk dan potonglah kek.
Comments
Post a Comment