Eggless Moist Chocolate Cake

Kek Coklat Tanpa Telur
Rasa gatai tgn nk baking..tp nk cr resepi simple ja.. godek2 jumpalah resepi ni... bahan2 ada dlm rumah plk tu... kek coklat tanpa telur yg terlajakkkk moist.. resepi asal dr Che Mat Gebu..tp yg ni ikut apa yg ada.. sgt lembut..sgt moist..sgt senang..
Bahan:
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1 cmt baking powder*
1/2 cmt baking soda*
2 cmb susu tepung*
1 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan susu kotak coklat yang sejuk baru keluaq dr peti ais
1/4 cawan air sejuk dr peti ais
1 sdt esen vanilla
Secubit garam
1 cmt jus lemon/cuka/oren sunquick


Cara:
Griskan Loyang empat segi 8 inci x 8 inci. Alas dgn kertas minyak. Ketepikan. Panaskan oven 175C. Ayak bahan bertanda *.

Masukkan bahan ayak dlm mangkok. Gaul sebati. Satukan dengan gula perang dan garam. Gaul rata. Tuang air, susu coklat, minyak dan esen vanilla. Kacau sebati dengan whisk sahaja. Masukkan cuka@jus lemon. Kacau sebati. Tuang adunan dlm loyang. Bakar 35 min - 40 min @ hingga masak.
Nota: resepi asal guna air sejuk sahaja sbyk 1 1/4 cawan....

Comments

Popular Posts