Tom Yam Udang & Sotong

Kalau entry sebelum ni sotong goreng tepung yang rangup lagi menyelerakan, tak sah kiranya makan sotong goreng tepung kalau tak order sekali tomyam kan... tapi yang ni bukan makan di kedai yer..tapi homemade tomyam. Pes tomyam beli kat Padang Besar lah.. pes ni bukan jenis basah, tetapi jenis serbuk. Tapi biasalah...kalau guna 1 jenis sahaja pes untuk buat tomyam memang tak berapa nak best. Kita kena campurkan 2 jenis pes baru rasa sedap.... tapi kalau nak sedap lagi janganlah semata-mata harapkan pes jer.. kenalah tambah bahan lain  antaranya serai, lengkuas, halia, daun limau purut dan paling penting daun ketumbar. Kalau tak letak daun ketumbar ni memang tak lengkap. Walau apapun, masakan dan bahan semuanya bergantung kepada citarasa masing-masing. Taste kita tak sama kan... Kalau nak rasa tom yam yang saya buat, jom kita intai-intai resepi...

Tom Yam Udang & Sotong
Bahan
6 ekor udang 
6 ekor sotong
1/2 batang carrot
1 bungkus jagung muda
1/2 cawan brokoli
1/2 cawan  bunga kobis
2 biji tomato - belah 4
5 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar - saya suka potong 3 jer bukannya racik halus.

Bahan Tumis
2 inci halia - ketuk
1 inci lengkuas - ketuk
2 batang serai - ketuk
5 biji cili padi - ketuk
1 biji bawang besar - potong 6
4 ulas bawang putih - ketuk
1 liter air
1 sudu besar minyak masak
Air limau nipis @ 1 keping asam gelugur
garam @ sos ikan secukup rasa
1 bungkus pes tomyam jenis serbuk - 1 bungkus sesuai untuk 4 org mkn
2 sudu besar pes tomyam jenis basah - boleh lebih @kurang ikut citarasa

Cara-Caranya
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak.
2. Bila minyak dah panas, tumiskan halia, lengkuas, serai, cili padi, bawang besar dan bawang putih. Biar sampai bau wangi keluar.
3. Masukkan air diikuti dengan pes tomyam serbuk dan tomyam basah.Biarkan mendidih sebentar.
4. Setelah mendidih, masukkan carrot, dan bunga kobis. Biarkan dalam 2 minit kemudian masukkan sayur yang lain serta udang dan sotong.
5. Selepas mendidih, masukkan air limau nipis, garam dan daun limau purut yang dicarik-carik serta ketumbar yang dipotong kasar. Biar sehingga naik bau.
6. Rasa tomyam mestilah balance antara masin,  masam dan pedas. Jangan rasa manis pulak yer.. :-)
7. Angkat dan boleh hidang. Masa nak hidang tu bolehla tabur daun ketumbar lagi yang racik halus macam di kedai tu. Yang dalam gambar bawah tu daun ketumbar tak ada, so tak letak...

Comments

Popular Posts