Homemade Nasi Lemak ...yang sedap..

Yummy...sedap.... terasa kesedapan nasi lemak yg dibuat sendiri berbanding yang dibeli.. dah lama teringin nak buat nasi lemak sendiri. Selalu kalau beli nasi lemak samada siap bungkus atau yang jenis pilih lauk tu bukannya tak memuaskan hari..tetapi makan tak puas rasanya.. kali ni setelah lama sangat teringin nak makan nasi lemak..maka misiku berjaya juga.. berjaya masak nasi lemak served with papadom, sambal sotong, ikan bilis n sardin but not to miss my favorite ikan gelama masam goreng.. kalau hari2 mcm ni mmg alamatnya bam bam la jadinya nanti... apapun, nilah nasi lemak yang diidam2kan....tgk gmbar yummy kan...



Resepi Nasi Lemak:

2 cawan beras - basuh dan toskan airnya.(nak elok guna beras basmathi)
2 1/4 cawan santan
1 helai daun pandan
1 ulas bawang merah - ketuk @ nak mayang pun boleh
1 biji bawang putih - diketuk @ nak mayang pun boleh
1/4 sudu teh lada hitam biji
1/4 sudu teh minyak masak (optional) - untuk bagi beras jadi sebijik-sebijik dan berkilat macam hotel tu..
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang (optional)
Garam Secukup Rasa

Caranya:

Masukkan semua dalam periuk nasi dan masak macam biasa.

** Selamat Mencuba **

Comments

Popular Posts