Ayam Panggang atau Ayam Golek
Agak lama jugak tak berblogging ni. Bukannya apa, masa kurang mengizinkan. Letih. Macam2 kena buat. Ada je masa terluang sikit dan sambil nak release tension, barulah jengok blog ni. Hari ni nak masukkan resepi ayam panggang. Saya dah lama buat ayam ni, cuma hari ni berkesempatan nak post resepi. Resepi ni diambil dalam fb.. cuma dah tak ingat resepi dari fb mana. Apapun, resepi ni mmg sedap. Sama-samalah kita mencuba..
Bahan-Bahan:
Bahan Untuk Dimesin dan Perap:
Cara-caranya:
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - seeloknya dibiarkan seekor (tapi saya potong 2) dan bersihkan.
Bahan Untuk Dimesin dan Perap:
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang merah (saya letak bawang besar 1 biji saiz besar)
3 ulas bawang putih
1 sb lada hitam
2sb kicap
3 biji cili merah
2 sb madu (boleh ganti dengan gula)
sedikit serbuk kunyit
2 sb sos tiram
sedikit garam (jika tidak masin)
Cara-caranya:
- Gaul semua bahan yang dimesin dan masukkan dalam kulit ayam, sapu dan urut bahan mesin ke bahagian luar dan dalam ayam.
- Perap selama 4 hingga 24 jam.
- Sebelum bakar, sapu butter ke seluruh bahagian ayam utk bagi kilat.
- Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga masak.
- Semasa memasak ayam, air yang menitik tu tuang balik atas ayam supaya isi ayam kekal moist dan tidak kering.
![]() |
Ayam Yang Dah Siap Dipanggang |
Comments
Post a Comment