Peanut Butter Banana Moist Cake @ Kek Pisang Dengan Mentega Kacang

Hari ni saja buat kek pisang..tapi bukan kek pisang biasa, tetapi kek pisang dengan mentega kacang @ peanut butter. Resepinya sama macam kek pisang yang telah dibuat sebelum ini iaitu resepi dari Kak Azlita Masamanis. Cuma saya tambah peanut butter halus untuk menambahkan lagi keenakan kek pisang. Dan ternyata tekstur kek jadi lagi halus dan sedap. Jom tengok resepi..

Kek Pisang Mentega Kacang...
Makan panas-panas lagi best..
Nak membuatnya senang.. bahan mudah dan murah... bawak ke ofc jamu kawan-kawan.

Bahan : 
7 biji pisang emas - dilecekkan
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
* 2 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
4 biji telur - saya guna gred B
1 cawan gula - saya guna gula biasa
1 sudu besar peanut butter - jenis halus
3/4 cawan minyak - saya guna minyak masak biasa


Cantikkan.. guna pisang emas lagi manis tau...


Caranya :  Pisang dilecekkan dan masukkan soda dan garam. Biarkan. Bahan-bahan bertanda * diayak. Lagi elok jika diayak 3 kali sebab tekstur kek akan jadi lebih halus dan ringan. 

Dalam mangkok, pukul telur dan gula hingga kembang dan berwarna kuning pucat. Masukkan mentega kacang. Pukul lagi. Masukkan pula minyak masak, pukul hingga sebati. Masukkan pisang tadi. Gaul sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi. Kaup balikkan.

 Tuang dalam loyang 9 inci x 3 inci yang telah disapu dengan mentega atau shortening. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius 15 minit sebelum membakar kek. Bakar selama 45 minit ke 1 jam bergantung kepada oven masing-masing.
 
Dalam oven...menunggu kek yang dok tengah naik.. penantian satu penyeksaan..


Sedap dimakan waktu petang dengan teh o..
Cantik kan.. gebu elok jer..

Comments

Popular Posts