Nasi Ganja

Terkejut kalau tengok namanya.. Tapi nasi ni popular di Perlis. Resepi diambil dari rakan fb Shiema Yunus, tetapi resepi asal dari Ida Shahid. Ada 3 resepi lengkap iaitu:
* Nasi Ganja
* Ayam goreng
* Kuah kari mamak

Tetapi saya tambah lagi dengan papadom goreng dan acar kobis. Jom semak resepi.

Resepi Nasi Ganja (untuk 5 orang)

4 cawan beras
6 cawan air (atau ikut sukatan beras yang kita makan tu) kalau beras basmati - 3 cawan beras = 4 1/2 cawan air)
* 4 ulas bawang putih - dimayang halus
* 8 ulas bawang merah - dimayang halus
* 3 batang kulit kayu manis
* 3 biji bunga lawang
* 5 biji buah pelaga
* 3 biji bunga cengkih
* 1 bungkus kecil rempah sup adabi (serbuk)
6-8 titis pewarna kuning telur 
6 sdb sos cili
Garam & gula @ kiub ayam
1/4 cawan minyak + minyak sapi


Cara memasak nasi ganja :  Tumis bahan bertanda *. Dah siap tumis, masukkan airdan biar hingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan beras. Kemudian titiskan pewarna. Kacau kemudian masukkan 6 sdb sos cili, garam dan gula. Masaklah macam biasa.


Nasi Ganja
Cantik kan warnanya.. jika suka lagi gelap boleh tambah pewarna

Ayam Goreng Nasi Ganja

Bahan : 
1 ekor ayam potong 12
2 sdt serbuk kunyit
2 bungkus kecul rempah kari ayam
1 sdt serbuk ketumbar. (Jika suka) - sy letak biji ketumbar tumbuk.
1 sdt jintan manis
2 sdb tepung gandum - saya tambah
Garam dan gula
3 tangkai daun kari dimayang

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
1/4 @ 1/2 cawan air - untuk kisar


Cara membuat ayam goreng: Kisar semua bahan hingga halus. Campurkan semua bahan dalam mangkok dan perapkan ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap. Pastu bolehlah digoreng dengan api kuat - sederhana - perlahan (kena adjust api supaya isi ayam di dalam dapat masak dengan sekata. Kalau tak control api nanti rempah atas ayam hangus pula. (Jika ada oven @ microwave, bolehlah di 'cook' dahulu isi ayam tu selama 12 - 15 minit. Bila dah 'cook'..keluarkan, kemudian dimasukkan dalam adunan rempah tadi dan perapkan. Bila buat macam ni, baru isi ayam betul-betul masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dalam kuali.


Ayam yang sedang diperap
Dalam kuali..tengah goreng ayam
Ayam yang siap digoreng- saya memang suka ayam yang garing sedikit
Cuba buat baru tahu keenakan Ayam Goreng Berempah ni...

Resepi Kuah Kari Mamak

Bahan :
2 bungkus rempah kari ayam
1 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sdb serbuk cili
1/2 cawan air
(rempah kari ayam, rempah kari ikan dan serbuk cili dicampur dan digaul dengan air)

Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 kiub ayam
garam dan gula
2 sdb air asam jawa - bergantung kepada rasa masam yang dikehendaki
4 cawan air
3/4 cawan minyak


Cara buat kari mamak : Panaskan minyak dalam periuk. Bila dah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih. Biar kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh tadi.  Kacau sehingga pecah minyak. Tambahkan air. Biar mendidih 2 kali. Kemudian masukkan kiub ayam, garam, gula dan air asam jawa. Biar mendidih berkali-kali hingga kuah jadi pekat sedikit dan jadi sedap. Dah siap kuah mamak dan boleh taruk atas ayam. Kuah mamak ni hanya buat bila kita buat ayam goreng tetapi jika dah buat kari ayam, tak perlu buat kuah ni lagi. Kuah mamak ni jika suka boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi. Kemudian baru masukkan air.


Simple Kuah Kari Mamak

Resepi Acar Kobis

Bahan : 
Kobis - dimayang halus
* 1 biji bawang besar - dipotong
* 1 biji cili merah
* 2 sdb cuka
 Garam dan gula


Cara buat acar kobis:  Bahan bertanda * digaul dan dibiarkan selama 30 minit - 1 jam. Selepas 1 jam, toskan bahan tadi, tetapi cuka jangan dibuang. Gaulkan kobis bersama bahan yang telah ditoskan tadi. Tambah garam, gula dan cuka secukup rasa. Acar kobis ni sesuai disediakan dekat-dekat nak makan nasi sebab nak bagi kekal rangup.
Yummy kan acar kobis ni. .senang plak tu nak buat..
Papadom.. crunchy.. enak dimakan bersama nasi.. makan saja pun sedap.. :-)


Comments

Popular Posts