Tahun Baru 2015
Tahun 2015 sudah menjelma... Tahun 2014 pula melabuhkan tirainya.. Macam-macam peristiwa yang terjadi di bumi kita...bermula dari kehilangan pesawat MH370, kemudian pesawat MH17 ditembak dan penghujung tahun banjir. Walaupun negara kita ditimpa musibah banjir, namun, siapalah kita melawan qada dan qadarnya. Semuanya adalah dugaan daripada Yang Maha Esa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cik D paham sangat perasaan apabila arumah dinaiki air. Banjir besar tahun 2004, rumah Cik D dinaiki air separas betis. Tahun 2010, sekali lagi rumah Cik D dimasuki air separas paha pulak kali ni. Masa tu Cik D mempunyai anak berumur 2 tahun. Bagi budak-budak, banjir itu sesuatu yang menyeronokkan sebab banyak air. Yer la.. budak-budak kan suka main air.. Tapi kali ni di Pantai Timur banjirnya memang nampak sangat besar..Apapun, sebagai insan, kita bantulah setakat yang mampu untuk meringankan beban mereka. Mungkin hari ini hari mereka, ke hadapan, belum tahu lagi nasib kita pula.
Comments
Post a Comment