Kacang Buncis Goreng Dengan Lobak Masin

Assalamualaikum, buat permulaannya pada tahun ini, entri pertama Cik D yang dikira senang dan pantas untuk kita sediakan "Kacang Buncis Goreng Dengan Lobak Masin". Cik D bukan reka sendiri masakan ni sebab Cik D tak der lah kepakaran untuk mereka cipta makanan. Cik D try buat di rumah lepas makan menu ni di salah sebuah restoren Chinese..Jom jenguk resepi:

Bahan-Bahannya:
Seikat kacang buncis dalam 200 - 300 gram - dipotong menyerong
3 sudu besar lobak masin yang dicincang halus - rendam dan basuh untuk hilangkan rasa masin
3 sudu besar udang kering - rendam, basuh dan tumbuk sederhana kasar
2-3 ulas bawang putih - dicincang
garam/gula secukup rasa
3 biji cili padi yang dipotong menyerong. (Jika sukakan pedas)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Goreng lobak masin. Apabila hampir kekuningan, masukkan udang kering. Apabila kekuningan, angkat.
2. Guna minyak yang sama, jika banyak buanglah minyak sikit. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan kacang buncis. Goreng sekejap sahaja dalam 3-5 minit ikut potongan kita.
4. Masukkan cili (jika suka pedas), garam dan gula. Jangan banyak sgt. Sikit jer. Angkat dan letakkan atas pinggan.
5. Taburkan campuran lobak masin dan udang kering yang kita goreng awal tadi atas kacang buncis.

Nota : Garam sebolehnya letak sikit jer kat dalam kacang buncis goreng sebab masa serve tu akan ada rasa masin dari campuran lobak masin dan udang kering.





Comments

Popular Posts