Baby Asparagus Dengan Daging Goreng
Inilah menu masakan simple untuk t/hari ni... dah lama teringin.. tapi nak dapatkan asparagus kecil susah sgt... kat cameron jer yang ada.. kt tpt lain tak pnh jumpa lagi...Menu ni sdp dimakan dgn nasi panas2..baby asparagus dengan daging goreng..tapi kalau nak gantikan asparagus kecil dengan lain2 sayur pun boleh..nak campur sayur pun boleh.. ni resepinya...
Bahan-Bahan
1 paket/ikat asparagus kecil (baby asparagus) - potong
1 ulas bawang besar - potong bulat
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 ulas besar bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - potong menyerong
sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Untuk Perap Daging
1/2 kilo daging - potong nipis3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam - nak pedas blh tmbh lg
1 sudu teh kunyit
1 sudu teh gula @ madu
Cara membuatnya:
- Perap daging dengan bahan perap selama 15 - 30 minit. (lagi lama lagi sedap). Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng hingga daging empuk dan masak @ sehingga yang diinginkan. Angkat dan ketepikan.
- Buang minyak dalam kuali. Biar tinggal sedikit sahaja. (kuantiti mcm nak goreng sayur)
- Masukkan bawang putih. Biar wangi dan kuning. Kemudian masukkan sos tiram. Kacau sebentar.
- Masukkan daging, asparagus, cili merah dan bawang besar. Kacau sebentar dan masukkan serbuk lada hitam. Tutup api dan sedia dimakan..
![]() |
Comments
Post a Comment