Marble Butter Cake - Moist And Fluffy. Senang Pulak Tu..



Marble Butter Cake yang gebu, moist, sedap dan senang nak buat
Hari ni buat lagi butter marble pulak sebab masih ada stok butter di rumah. Expired date butter tu pulak hujung bulan ni jer. Daripada terbiar membazir, baik buat kek butter yang sememangnya laku keras di rumah ni. Kalau kek yang jenis berbutter cream memang kurang jalan sikit kat rumah. Oleh kerana minggu lepas dah buat butter cake, jadi minggu ni nak buat kelainan sikit. Kelainannya cuma tang marble effect tu jer. Resepi pakai resepi butter cake yang dibuat sebelum ini, Cuma keluarkan adunan 1/3 daripada adunan putih dan campurkan dengan serbuk koko yang ditelah dibuat pes. Kek ni memang enak sekali dinikmati dengan secawan teh O panas. Percaya tak, kek ni sangat simple sebab tak perlu tulis atas kertas pun, sangat sedap, sangat moist dan sangat gebu. Kalau terlupa pun resepinya, ingat balik sukatan bahan basic kek iaitu sukatan butter, gula, tepung dan telur adalah sama berat jer. Cumanya ada penambahan baking powder, esen vanilla dan susu samada susu cair, susu segar, buttermilk atau UHT whipping cream. Penambahan baking powder  itu pun kalau kita guna tepung gandum biasa. Tetapi jika kita guna tepung naik sendiri, baking powder tak perlu masukkan dah.

Untuk kek ni, saya gunakan southdale farm butter jenis salted, beratnya 227 gm. Jadi sukatan bahan lain juga saya kurangkan mengikut berat butter.  Bagi yang guna butter lain yang beratnya 225 gm atau 250 gm, sukatan untuk tepung, gula dan telur juga sama mengikut berat butter. Ingat yer… ini resepi kek paling basic yer..

Bahan:

227 gm butter – saya guna southdale farm salted butte.

227 gm gula kastor – saya kurangkan ke 180 gm sbb tak mau manis..

227 gm tepung gandum - saya guna 200gm

227 gm telur – lebih kurang 4 biji telur gred A. Gred B pun boleh.

1/3 cawan UHT Whipping Cream – saya guna brand UHT whipping Cream Anchor.

1 sdt baking powder

2 sdt esen vanilla – Nak letak 1 sdt pun boleh.

2 sdb serbuk koko – bancuh dengan 1 sdb air untuk jadikan pes

Loyang 8 @ 9 inci bulat di gris dan tabur tepung gandum.

Suhu 170C



Cara:

Panaskan oven. Satukan tepung gandum dan baking powder. Ayak dan ketepikan. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga kembang dan nampak creamy. Saya pukul dalam 8 – 10 minit yer. Kemudian masukkan telur satu per satu. Masukkan pula tepung berselang seli dengan UHT whipping cream dimulai dengan tepung dan akhirnya dengan tepung juga (tepung – cream – tepung – cream - tepung). Ambil 1/3 adunan, campurkan pes koko dan gaul sebati. Masukkan dalam loyang selang seli, lorekkan dan bakar pada suhu 170C sehingga 50 minit ke 1 jam mengikut oven masing-masing. 
Marble Butter Cake

Comments

Popular Posts