KEK MINYAK GEBU
Bersiaran lagi hari ini berkenaan kek minyak..
Saya percaya ramai yang telah mencuba resepi kek minyak.. Bukan sahaja ia
senang disediakan, bahan-bahan yang digunakan juga memang bahan yang sedia ada
di dapur. Penyediaannya juga tidak mengambil masa yang panjang. Pendek kata kek
minyak yang dibuat pasti menjadi. Kek minyak ini boleh dijadikan alternatif
bagi mereka yang tidak suka menggunakan mentega dalam pembuatan kek. Rasanya
yang enak dan gebu serta boleh dipelbagaikan perisa dan warna pasti menjadi
tumpuan apabila dihidangkan untuk minum petang. Selain itu juga, untuk mendapat
kelainan, pastinya kek ini boleh dihiasi dengan buttercream @ fresh cream untuk
menambahkan lagi kecantikan kek. Walau bagaimanapun, saya lebih suka jika kek
ini dimakan begitu sahaja. Kurang muaknya sebab anak-anak saya lebih menggemari
kek plain daripada kek yang bersalut buttercream@fresh cream.
Untuk
kek minyak ni, ada 2 perisa yang telah saya sediakan. Yang pertama berwarna
hijau coklat tu perisa pandan dan coklat dan yang kedua berwarna-warni macam
ice-cream paddlepop tu adalah perisa nanas. Lain kali saya ingin mencuba pula
dengan perisa blueberry. Penggunaan minyak dalam resepi ini saya gunakan minyak
jagung dan masak biasa. Rasanya tidaklah jauh berbeza. Kedua-dua kek yang
dihasilkan sangat gebu dan sedap. Resepi kek ini telah banyak di kongsi di
kalangan bloggers dan juga di facebook. Resepi kek minyak ini saya ambil dari
blog TERATAK MUTIARA KASIH. Terima kasih atas resepi yang dikongsikan.
RESEPI
KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg
Bahan-bahan (Loyang 8x8inci /
9in)
5 biji telur
3/4 cawan gula halus (LiNa Pg
gn 1/2 cawan gula kastor)
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn
3/4cawan)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2
ikut suka/
pewarna – ikut suka
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama
baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn
mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan
ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen
vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan
perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan gandum.
Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 3
warna. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung
kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah.
Biarkan sejuk baru potong.
![]() |
Kek Minyak Perisa Pandan Dan Coklat |
![]() |
Kek Minyak Colorful Dengan Perisa Nanas |
Comments
Post a Comment