Blueberry Cheese Cake Crumble


Assalamualaikum…Apabila dinamakan hobi, maka saya tidak jemu-jemu mencuba resepi baru terutama jika resepi itu belum lagi pernah dicuba. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih dikurniakan kesihatan dan rezeki buat diri ini. Dan dengan rezeki yang ada sedikit sebanyak dapat dikongsi dengan adik beradik serta rakan-rakan seperjuangan. Baking sudah menjadi hobiku. Jika seminggu tak dapat membuat kek terasa semacam ada kekurangan dalam rutin harian. Selalunya, apa yang saya buat saya akan rasa sepotong dua sahaja. Anak-anak pula hanya meminati kek jenis kosong.
Kali ini saya mencuba resepi yang telah diberikan oleh sahabat. Beliau menyatakan kek ini sangat sedap… Lantaran itu hati ini berkocak memikirkan kesedapan kek yang disebutkan disebabkan semasa beliau memberi resepi itu saya dalam perjalanan ke RHR@Uniten Hotel, Bangi untuk menghadiri bengkel. Balik je dari bengkel, keesokan harinya terus saya ke kedai bakeri mencari bahan-bahan yang dinyatakan. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan olehNya.  Saya menjangkakan blueberry yang akan menjadi masalah memandangkan negeri yang terletak jauh nun di utara  ini bekalan bahan mentah amat terhad. Jauh dilubuk hati jika tiada blueberry fresh, saya akan ganti dengan blueberry dalam tin saja. Tetapi apabila ke pasaraya yang baru dibuka itu, blueberry fresh ada!!! Girangnya hati ini walaupun harganya agak mahal. RM14.00.. itulah harga blueberry fresh di sini. Bagi saya mahal yer harga tu.. Belilah jugak disebabkan nak buat kek dan anak perempuan saya pun nak jugak makan bluberry fresh tu. Jadi, terhasillah blueberry cheese crumble cake yang sedap mengikut resepi berikut..

Cheesecake Layer:
1 ketul Cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula icing 
1 tsp vanilla
1 tsp jus lemon
Cara :
Pukul cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur pukul perlahan hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan jus lemon.
Crumb Topping Layer:
60g (1/2 cawan) pecan nuts – saya tak letak
100g (1/3 cawan + 1 tbsp) gula perang – saya kurangkan
50g (1/3 cawan) tepung gandum
50g butter sejuk – potong kasar

Cara : Campur semua bahan dan gaul hingga jadi macam serbuk roti.

Cake Layer: - Loyang 9 inci 4 segi.
100 gm butter
1/2 cawan @65 gram gula
1 biji telur penuh + 1 kuning telur
1 sdt vanilla
1 sdt kulit lemon
½ cawan buttermilk@yogurt@sour cream
115 gram tepung gandum
1 sdt baking powder
¼ sdt garam halus
1 Cawan blueberries – lebih kurang 1 kotak
Cara :
1.    Pukul butter dan gula hingga betul-betul kembang.
2.    Masukkan telur satu per satu. Pukul perlahan-lahan.
3.    Masukkan vanilla dan kulit lemon. Pukul sebati.
4.    Masukkan buttermilk dan pukul sebati.
5.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
6.    Tuang dalam loyang yang telah disapu butter dan di lapik dengan baking paper.
7.    Tuang adunan cheese di atas adunan kek. Tabur buah blueberry.
8.    Tabur crumb topping di atas.
9.    Bakar suhu 170C, 45 minit @ hingga masak.
Blueberry Cheese Cake Crumble

Comments

Popular Posts