Kek Pisang Moist Dan Lembut

 
 
Sudah agak lama blog ini tidak dijenguk. Bukan sebab lupa ataupun sudah tidak ada resepi yang hendak dikongsikan mahupun dicuba, tetapi kerana kesibukan hal seharian menyebabkan urusan berkaitan blog  tidak dapat dikemaskini. Blog ini umpama diari masakan saya. Resepi yang dipaparkan disini samada resepinya adalah resepi warisan keluarga ataupun resepi yang saya dapat dari rakan bloggers yang lain. Alhamdulillah… resepi yang dikongsikan disini semuanya menjadi. Jika ada yang mencuba dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan, mungkin ada lah silap kat mana-mana. Kita manusia.. tidak sempurna.. begitu juga saya ada kalanya kek yang dibuat tidak menjadi juga.. ada yang tidak sempurna walaupun kek itulah yang sering saya buat.
Berbalik kepada hal membaking, baru-baru ini saya ada mencuba resepi kek pisang dari blog Wen’s Delight. Saya suka sangat tekstur kek yang sangat gebu umpama kek chiffon pisang. Bau dan rasa soda bikarbonat juga tidak terasa langsung.. jadi sudah tentunya kek ini akan saya buat berulang-ulang kali.. This recipe definitely is a keeper..
Bahan:
3 biji telur - sy guna gred B
130gm gula - sy guna gula perang
200gm pisang - sy guna pisang awak-awak. Potong dadu
150gm top flour/plain flour/cake flour- sy guna tepung superfine
1/2 sdk baking powder
1/4 sdk soda bikarbonat
100 gm minyak jagung
1/8 sdt esen pisang - sy guna esen vanilla
Saya tambah : secubit garam.


Cara:
Panaskan oven suhu 160C
Griskan loyang 8 inci bulat atau 7 inci loyang empat segi dgn mentega dan lapik dengan baking paper.
1. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam 2 kali. Ketepikan.
2. Putar telur, gula dan pisang hingga betul-betul kembang dan bertukar warna kuning pucat.
3. Masukkan tepung dan kacau rata.
4. Masukkan minyak dan kacau sebati.
5. Tuang dlm loyang. Bakar 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing- masing.



Untuk resepi sebenar, boleh kunjungi link di bawah…
 

Comments

Popular Posts