Popia Goreng

Popia sesuai dimakan pd waktu ptg.. Ada 2 jenis iaitu popia goreng ataupun popia basah...2-2 pun sdp... ni resepi untuk popia goreng.. cicah dgn sos cili thai @ sospencicah mh mohd yg dibeli di Kelantan mmg lg terangkat..

Bahan-bahan ( 40-60 biji )

INTI
2 atau 3 batang Carrot
2 biji sengkuang
1 cawan isi ayam cincang atau 1 ayam kisar 
Isi udang cincang/kisar (kalo nak sedap tambahla)
Sos tiram/Garam - secukup rasa
1 tsp Lada sulah
1 labu Bawang Putih (kisar hancur & lumat)
1/4 cwn minyak masak

KULIT
Kulit Popia - yg besar sepeket 40 keping
Tepung gandum + air (utk lekatkan kulit popia)

Cara-cara

  1. Parut carrot (pemarut lubang halus) & sengkuang (pemarut lubang besar) dlm besen. Perah parutan carrot & sengkuang sampai kering jadi bila masak nanti tak payah tunggu air kering lama sgt.
  2. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan ayam + isi udang. Sambil kacau penyek2 kan isi2 ayam supaya hancur dan tak berketul2.
  3. Masukkan lada sulah & sos tiram/garam. Kemudian blh masukkan parutan carrot & sengkuang yg dah diperah td. Tambah sos tiram/garam secukup rase. Kacau rata dlm 3-5 minit then tutup api (jgn lama nnt sengkuang layu dan tak sedap,elok pakai api besar tp jgn smpi hangus pulak ye).
  4. Sejukkan inti,kemudian gulung. Pastikan gulungan tu padat,kemudian gamkan dgn tepung supaya tak masuk minyak bila menggoreng nnt.
Popia Goreng Cicah Ngan Sos Cili Thai

Comments

Popular Posts