Victoria Sandwich Cake

Sumber : Azlita Masamanis - Untuk kek dan strawberry compote
Sumber : Che Mat Gebu - Untuk Cream Cheese Filling

VICTORIA SANDWICH CAKE

Sediakan strawberry filling sendiri resepi seperti di bawah atau beli jem strawberry yang ada buah kat dalam.

STRAWBERRY COMPOTE:
250 gm strawberry - buang tampok dan cuci bersih
70 gm gula
40 ml jus lemon - saya guna jus dari 1 biji lemon
12 gm butter tanpa garam

Cara-Caranya:
Dalam periuk kecil, masukkan strawberry dan panaskan dapur dengan api perlahan.
Apabila strawberry lembut, lenyek-lenyekkan strawberry tapi jangan sampai lumat.
Tambahkan gula dan masak lagi lebih kurang 2 minit.
Masukkan jus lemon.
Tambahkan butter dan masak semula sambil kacau hingga adunan pekat sedikit. Jangan terlampau pekat sebab apabila sejuk ia akan jadi semakin pekat.
Matikan api dan buang buih-buih di atasnya.

BAHAN-BAHAN CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
100 gm mentega
4 sdb gula aising - diayak
1 biji oren sunkist - parut kulit dan cincang halus. (ambil bahagian kuning sahaja)
2 sdb jus oren - saya guna oren sunquick perasa oren asli

UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese, mentega, gula aising dan parutan kulit oren hingga berkrim dan licin, guna kelajuan sederhana. Masukkan oren sunquick dan putar hingga sebati. Ketepikan..

UNTUK KEK:
*220 gm tepung kek
*30 gm tepung jagung
*secubit garam

Bahan bertanda * diayak sebanyak 3 kali.

250gm gula kastor
250gm butter tanpa garam
2 sdb golden syrup
2 sdt esen vanilla
5 biji telur - saya guna gred B
4 sdb susu - saya guna susu anchor full cream (bahan ni saya tambah)

Cara-caranya:
Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar perlahan.
Tambahkan esen vanilla dan susu dan terus putar hingga sebati.
Tambahkan tepung yang telah diayak tadi.
Kaup balik dengan spatula.
Tuang adunan dalam loyang bulat 8 inci yang telah disapukan dengan butter dan dilapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 160C.
Bakar kek selama 25 - 30 minit @ hingga kek masak. Jangan terlebih masak nanti kek akan jadi keras dan kering.
Lepas kek masak, biarkan sejuk. 

Untuk Assemble Kek:
Kek yang telah sejuk, kita potong bahagian atas yang keras.
Letakkan satu keping kek atas pelapik kek.
Paipkan cream cheese di atasnya. - Saya guna nozzle No. 1M.
Kemudian letakkan jam strawberry tadi.
Tutup dengan satu lagi keping kek.
Ulang proses yang sama.
Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan seperti strawberry, cherry dan lain-lain.

Comments

Popular Posts