Kari Sardin
Hari ni nak share 1 dish yang simple, sesuai jd hidangan dgn nasi mahupun dijadikan kuah untuk capati, roti arab, roti biasa dan sebagainya. Menu ni saya buat utk berbuka puasa sbb ringkas dan cepat utk menyediakannya.
Bahan:
1 tin kecil sardin (saya pakai brand king cup)
2 ulas bawang putih - mayang
2 biji bawang merah - mayang
1 biji bawang besar - dipotong
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping/gelugur
1 sb sos tiram
1 sb serbuk kari ikan
1 sb cili kisar
1 biji kentang - dipotong sederhana tebal
1 cawan air
minyak utk menumis
garam dan gula sbg perasa
Cara-cara
Bahan:
1 tin kecil sardin (saya pakai brand king cup)
2 ulas bawang putih - mayang
2 biji bawang merah - mayang
1 biji bawang besar - dipotong
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping/gelugur
1 sb sos tiram
1 sb serbuk kari ikan
1 sb cili kisar
1 biji kentang - dipotong sederhana tebal
1 cawan air
minyak utk menumis
garam dan gula sbg perasa
Cara-cara
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari. Biar hingga bawang kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan air dan kentang . Biarkan mendidih kemudian masukkan sardin.
- Masukkan sos tiram, gula, asam keping dan garam. Kemudian masukkan bawang besar.
- Apabila mendidih, kentang dah empuk dan kuah dah agak pekat, bolehlah angkat.
- Sekiranya kentang masih belum empuk, masukkan air sikit lagi..
Comments
Post a Comment