Bubur Nasi

Entry kali ni nak share dish yg simple. Sesuai dihidangkan jika kita berada dalam keadaan demam...Simple dan menyelerakan.

Bahan-Bahan:

1/2 cawan beras-dibasuh
100 gm udang - dibuang kulit dan bersihkan
100 gm sotong - dipotong
1 pokok daun bawang - potong
1 pokok daun sup - potong
1 batang lobak merah - potong kiub (atau ikut selera kita)
1 inci halia - ketuk
1 ketul kiub ayam
5 ulas bawang putih -mayang halus
1liter air
garam

Cara-cara:
  1. Rebus beras hingga pecah biji (jadi bubur). Jika tidak cukup air tadi, tambah sehingga beras jadi bubur).
  2. Masukkan halia, udang dan sotong. Kacau hingga udang dan sotong separuh masak.
  3. Kemudian masukkan lobak merah. Agak-agak lobak merah dah masak, masukkan kiub ayam.
  4. Setelah itu, masukkan daun sup dan daun bawang.
  5. Tambahkan garam jika masih belum cukup rasa.
  6. Angkat dan hidangkan.
  7. Dalam kuali, goreng bawang putih hingga kekuningan dan angkat. Ambil 2 sudu besar minyak yg digunakan untuk menggoreng bawang tadi dan letakkan dalam bawang goreng yang diangkat tadi.
  8. Bawang goreng tadi ditabur semasa hendak makan dengan bubur nasi tadi untuk lebih aroma.

Comments

Popular Posts