Sotong Pulut

Selamat Tahun Baru... harap tahun ni lebih baik dan bermakna dari tahun sebelumnya..... Hari ni nak kongsi resepi sotong sumbat pulut yang dibuat semalam.. Resepi nak masak sotong sumbat pulut ni mmg banyak sbb ia dah mmg terkenal...cuma yang ni saya main agak2 jer ... Walaupun begitu, hasilnya tidaklah menghampakan... mmg sedap esp kalau mkn begitu sahaja...Resepinya saya sertakan di bawah...Selamat Mencuba...


Sotong Pulut
Bahan-bahan:
10 ekor sotong - buang dakwat, basuh dan toskan
1/4 cawan beras pulut - basuh dan toskan
2 1/2 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 batang serai - dititik
1/2 inci halia - hiris nipis
1 biji bawang besar -dimayang
2 ulas bawang putih -dimayang

1/2 cmt halba
garam, gula secukup rasa
lidi secukupnya

Cara-caranya:
  1. Masukkan beras pulut di dalam bahagian badan sotong. Ambil bahagian atas dan masukkan dalam badannya. Kelatkan dengan lidi. (jadikan balik seperti bentuk sotong dengan kepalanya). Ulang proses hingga semua sotong habis disumbatkan dengan beras pulut.
  2. Di dalam periuk, masukkan sotong tadi, santan, serai, bawang putih, merah, halia dan halba. Masak dengan api sederhana kuat.
  3. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Apabila kuah agak pekat, tutup api dan hidangkan. Selamat mencuba.

Comments

Popular Posts